RIMBA, Rabu 12 Oktober 2016 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Olahraga dan Tarik Kalat bagi tahun 2016/2017 yang bertempat di Kompleks Sukan, Tentera Udara Diraja Brunei. Kejohanan tersebut disertai oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institute Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 10 Oktober 2016.
Menyampaikan hadiah dan trofi kepada pemenang-pemenang di kejohanan tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Turut hadir di upacara penutup kejohanan tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera dan Komandan-Komandan.
Bagi acara olahraga, sebanyak 23 acara telah dipertandingkan yang mana secara keseluruhannya dijuarai oleh TDDB. Manakala ditempat kedua ialah TUDB dan ditempat ketiga ialah IL ABDB. Pada tahun ini merupakan satu kejayaan bagi pasukan olehraga IL ABDB yang berjaya meraih di tempat ketiga dengan kutipan 1 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa berbanding pada tahun sebelumnya hanya berada di tempat ke empat.