PENANJONG GARISON, Sabtu, 15 April 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin, tahlil dan bersungkai bersama Mantan-Mantan Komandan / Pegawai Pemerintah dan Mantan-Mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB di Surau Al- Hikmah, Penanjong Garison.
Turut hadir bagi memeriahkan Majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua serta Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mantan-Mantan Komandan / Pegawai Pemerintah dan Mantan-Mantan SMR IL ABDB serta Pegawai-Pegawai dan Ahli Tetap IL ABDB serta Para Rekrut Lelaki Pengambilan ke 170.
Majlis tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama semua jemputan-jemputan khas dan seterusnya penyampaian Tazkirah bertajuk ‘Muhasabah di Penghujung Ramadhan’ disampaikan oleh Lt Shaikh Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Pegawai Agama dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil yang dikepalai oleh Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama Warga IL ABDB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan ringan (bersungkai) dan solat fardhu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan malam bertempat di Dewan Nikmat IL ABDB bersama semua yang hadir, diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada jemputan-jemputan khas oleh Yang Mulia Lt Kol Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Komandan IL ABDB dan Yang Mulia PW1 (RSM) Norkamal bin Haji Mohammad Salleh, SMR IL ABDB. Majlis diselajurkan dengan menunaikan Solat Fardhu Isya’ berjemaah, Sunat Tarawih dan witir serta tadarus Al-Quran di Surau Al-Hikmah.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diungkayahkan pada setiap menjelangnya bulan Ramadan, diniatkan untuk mengeratkan hubungan tali silaturrahim dan menyampaikan rasa penghargaan atas segala jasa bakti yang pernah dicurahkan oleh Mantan-Mantan Komandan / Pegawai Pemerintah dan Mantan-Mantan SMR IL ABDB kepada Institut Latihan di sepanjang perkhidmatan mererka yang lalu.




TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HELD AN IFTAR EVENT WITH FORMER COMMANDANTS AND REGIMENT SERGEANT MAJORS
PENANJONG GARRISON, Saturday, 15 April 2023 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held an Iftar event with the former Commandants and former Regiment Sergeant Majors (RSM) of TI RBAF at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
The event were attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces as well as former Commandants and former RSMs of TI RBAF.
The event commenced with a group photo session and a Tazkirah entitled ‘Muhasabah di Penghujung Ramadhan’ delivered by Lt Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Religious Officer of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The event then proceeded with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison and continued with light refreshments for iftar and Fardhu Maghrib prayers.
Dinner reception was served at Dewan Nikmat and concluded with a presentation of souvenirs to the guests by Yang Mulia Lt Kol Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Commandant TI RBAF and by WO1 (RSM) Norkamal bin Haji Mohammad Salleh, RSM TI RBAF. The event then proceeded with the Fardhu Isya’ and Sunat Tarawih prayers, Witir and Tadarus Al-Quran at Surau Al-Hikmah.
This event is an annual activity organise in the Holy Month of Ramadhan, aimed to strengthen silaturrahim and as a symbol of appreciation as well as recognition to the former Commandants and RSMs on their service while serving with the Training Institute.
