BERAKAS, Sabtu 19 November 2016. Kepakaran anggota teknikal Teknisyen Armamen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diiktiraf oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan adanya kelulusan penggunaan Programme Guide daripada Majlis Akademik IBTE  bagi Program Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal atau National Technical Education Certificate (NTec) in Armament and Instrument Maintenance.

Penyerahan Programme Guide bagi Program NTec in Armament and Instrument Maintenance adalah diantara IBTE dan Institut Latihan ABDB. Majlis itu berlangsung di Sekolah Aviation,Kampus Sultan Saiful Rijal, IBTE Berakas.

Menyampaikan Programme Guide bagi pihak IBTE telah dilaksanakan oleh Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, kepada Komandan IL ABDB, Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Majlis itu disaksikan oleh tetamu kehormat, Kepten (Bersara) Haji Mohammad Amirul Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) di Kementerian Pertahanan dan Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi ) di Kementerian Pendidikan.

Program NTec yang direka untuk penuntut Teknisyen Armamen ABDB merupakan kolaborasi atau kerjasama latihan antara IBTE dan IL ABDB yangmana dijalankan selama 2 tahun di Kampus Sultan Bolkiah, IBTE Seria, dan IL ABDB Penanjong Garison. Program NTec berkenaan adalah sebanding dengan Level 3 berpandukan Brunei  Darussalam Qualification Framework (BDQF), yangmana program ini membolehkan anggota Teknisyen Armamen memperolehi kelayakkan yang diiktiraf oleh kedua-dua institusi ABDB dan awam, yang membolehkan mereka untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi didalam Kelayakan Kebangsaan. Majlis diakhiri dengan mini pameran statik yang dikendalikan oleh gabungan tenaga pengajar Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB dan Teknisyen Armamen daripada Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei.

 

Untitled

untitled 1

ibte2