PENANJONG GARISON, Khamis, 22 November 2018 – Hari Pengajian bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2018 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Tetamu Kehormat bagi Hari Pengajian tersebut ialah Yang Mulia, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
PENANJONG GARISON, Khamis, 22 November 2018 – Hari Pengajian bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2018 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Tetamu Kehormat bagi Hari Pengajian tersebut ialah Yang Mulia, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pengerusi bagi Hari Pengajian tersebut ialah 13429 PW2 (U) SMK Ibrahim bin Mohidin, salah seorang peserta kursus. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk “Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) Dapat Merevolusikan Kehidupan Masyarakat Di Negara ini” daripada Sindiket 2 Alpha.
Objektif utama Hari Pengajian dijalankan adalah untuk melihat usaha, kerjasama dan semangat berpasukan peserta kursus dan melatih peserta kursus untuk tampil berani di hadapan khalayak dan pendengar. Ia juga bertujuan untuk menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan pengalaman pendapat serta berkeupayaan dalam meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta pada masa yang sama menjana kematangan berfikir yang kritis kreatif dan berdaya saing.
Hari Pengajian tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan acara bergambar ramai.
