
The arrival of Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat Commander of Royal Brunei Armed Forces and delegation was received by Colonel (U) Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces and Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Hj Abidin, Commanding Officer Support Battalion. The ceremony commenced after the Maghrib Prayer with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by Dikir Syarafil Anam, Dikir Khairuman and Bisyahrin. The event concluded with Dikir Marhaban and closing doa.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI ACARA DIKIR MAULUD DI PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Khamis, 22 Oktober 2020 – Rombongan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghadiri acara Dikir Maulud sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison malam ini. Rombongan diketuai oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan.
Kehadiran Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan rombongan disambut oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan, Angktan Bersenjata Diraja Brunei dan Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam, Dikir Khairuman dan Bisyahrin. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan doa penutup selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak.