PENANJONG GARISSON, Thursday, 10 July 2025 – The Certificate Presentation and Closing Ceremony of the Map Reading and GPS Navigation Course Series 1/2025 was successfully held at the Map Reading Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garisson.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Hajah Nurulain Rawiah binti Haji Mohd Raub. Also present were the Senior Instructor and instructors from the Map Reading Training Wing.
The objective of this course is to equip participants with fundamental land navigation skills, including the ability to interpret topographic maps, use a compass, and operate GPS devices effectively for direction finding and route planning, in alignment with the operational and training requirements of the Royal Brunei Armed Forces.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SERTA PENUTUPAN KURSUS MEMBACA PETA DAN PANDU ARAH GPS SIRI 1/2025
PENANJONG GARISON, Khamis, 10 Julai 2025 – Majlis Penyampaian Sijil serta Penutupan Kursus Pandu Arah GPS Siri 1/2025 telah sempurna dilaksanakan di Cawangan Latihan Membaca Peta, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Hajah Nurulain Rawiah binti Haji Mohd Raub. Turut hadir pada acara tersebut adalah Jurulatih Kanan dan jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Membaca Peta.
Objektif kursus ini adalah untuk melayakkan peserta kursus menguasai kemahiran asas dalam pandu arah darat, termasuk keupayaan mengkaji peta topografi, menggunakan kompas serta mengendalikan alat peranti GPS dengan berkesan bagi tujuan penentuan arah dan perancangan laluan, sejajar dengan keperluan operasi dan latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


