PENANJONG GARISON, SELASA, 08 MEI 2018. Yang Mulia Senior Kolonel Wu Geng, Atase Pertahanan Republik Cina ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini. Semasa Kunjungan Tersebut Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Republik Cina diatas kesudian beliau untuk datang ke IL ABDB.

Yang Mulia Atase Pertahanan Republik Cina berkesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah keatas Yang Mulia Komandan kerana dilantik menjadi Komandan IL ABDB. Yang Mulia Atase Pertahanan Republik Cina Berharap dapat berpeluang dalam menjalinkan hubungan kerja rapat dengan Yang Mulia Komandan bagi kepentingan IL ABDB Khasnya dan ABDB Amnya. Kunjungan Hormat diakhiri dengan bertukar cenderahati bagi tanda penghargaan dan menandatangani lembaran kenangan sebelum meninggalkan IL ABDB.