
Turut Hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Timbalan Komandan IL ABDB dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Ketua Jurulatih IL ABDB. Yang Mulia Komandan IL ABDB merakamkan penghargaan kepada Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam yang lama di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan semasa beliau ditugaskan di Negara Brunei Darussalam dan mengekalkan lagi hubungan baik diantara ABDB amnya bersama Atase Pertahanan yang baru dilantik untuk di masa akan datang.
Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Tien Son, Atase Pertahanan Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, akan bermula perkhidmatan beliau pada 11 April 2018. Kunjungan Hormat diakhiri dengan bertukar cenderahati bagi tanda penghargaan dan menandatangani lembaran kenangan bagi kedua-kedua Atase Pertahanan sebelum meninggalkan IL ABDB.


