Malay course visit to Tamu Tutong 1.jpg

PENANJONG GARISSON, Thursday, 17 October 2024. Course participants of the Basic Malay Course Serial 3/2024 were treated to a delightful and engaging visit to Tamu Tutong where they received exposure to a wide array of Brunei’s local ingredients, handicrafts, and delicacies.

Their visit, along with the guidance of their instructor Muhd Azmi bin Haji Zaini as well as personnel from the Evolution Centre, provided a richer experience further enhancing their understanding of both Brunei Darussalam’s Language and Culture.

The visit aims to provide them with further exposure to the array of local ingredients and delicacies. Furthermore, it aims to provide students with a first-hand experience of speaking Bahasa as they attempt to converse with locals and complete tasks assigned by their instructor.

It is hoped that the visit will help bridge the gap between countries and aid in RBAF’s endeavours to promote tourism in Brunei Darussalam. The visit concluded with a photo session.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PESERTA KURSUS BAHASA MELAYU ASAS SIRI 3/2024


PENANJONG GARISON, Khamis, 17 Oktober 2024 – Para peserta Kursus Bahasa Melayu Asas Siri 3/2024 berasa teruja kerana berpeluang untuk melawat Tamu Tutong. Peserta kursus didedahkan dengan pelbagai bahan jenis buah tempatan, kraftangan, dan juadah tradisional Brunei.

Lawatan tersebut telah dibimbing oleh tenaga pengajar, Muhammad Azmi bin Haji Zaini, serta kakitangan dari Pusat Evolusi untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam dan seterusnya memperkayakan pemahaman mereka tentang Bahasa dan Budaya masyarakat di negara ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan mereka lebih banyak pendedahan kepada pelbagai bahan tempatan dan juadah tradisional. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan pengalaman secara langsung kepada peserta kursus mengenai penggunaan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan penduduk tempatan serta menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pengajar mereka.

Lawatan ini diharap akan dapat merapatkan jurang antara negara dan membantu usaha ABDB dalam mempromosikan pelancongan di Negara Brunei Darussalam. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar.

Malay course visit to Tamu Tutong 2.jpg
Malay course visit to Tamu Tutong 3.jpg

Malay course visit to Tamu Tutong 4.jpg