
Acara tersebut adalah satu aktiviti dalam pembelajaran peserta kursus, dimana peserta kursus menjadi mentor kepada jemputan-jemputan yang hadir. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta kursus dengan cara berinteraksi, memberikan arahan dan perlaksanaan tugasan kepada orang yang dibawah jagaannya setelah menamatkan kursus ini nanti. Turut serta hadir dalam aktiviti tersebut ialah Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera iaitu Yang Mulia 744 Mejar Nurulain Rawiah binti Haji Mohammad Raub sebagai Tetamu Kehormat. Aktiviti ini di akhiri dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada para jemputan, jurulatih-jurulatih dan peserta kursus. Seramai 10 anggota menghadiri kursus tersebut terdiri daripada 09 anggota TDDB dan 01 anggota dari KEMENTAH yang bermula pada 17 Julai 2023 hingga 11 Ogos 2023 nanti.


