kempen.jpg

PUSAT BAHAGIA DAERAH TUTONG, JUMAAT 03 DISEMBER 2021 -  Satu aktiviti kempen kebersihan telah dijalankan bertempat di Pusat Bahagia Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti bergotong-royong telah dijalankan oleh anggota-anggota Institut Latihan ABDB dalam meningkatkan kesedaran dan pemedulian mengenai golongan OKU serta keperluan mereka sehari-hari. Aktiviti ini dilakukan adalah diantara salah satu projek sempena Sambutan Jubli Intan, Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-60 tahun yang mana ianya dijalankan pada Hari Orang Kelainan Upaya Sedunia.
Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison telah menganjurkan Kempen Kebersihan di kawasan Pusat Bahagia Daerah Tutong yang menjadi sebahagian daripada Kerjasama diantara dua pihak iaitu ABDB dan Pusat-Pusat Bahagia serta mengeratkan lagi ikatan silaturrahim. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa dan diteruskan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan Pusat Bahagia tersebut mengikut SOP jangkitan Wabak COVID-19 iaitu dengan menggunakan serukup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial diantara satu dan yang lain.
Dalam pada itu juga, aktiviti ini boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai golongan OKU yang wujud bersama-sama kita. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya akan membina interaksi yang kukuh antara dua institusi ini untuk bergiat aktif dan kukuh serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama dalam memeduli kepentingan masyarakat di Daerah Tutong ini. 
kempen 2021.jpg
kempen 111.jpg