19003.pngPENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Jun 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Brunei (IL ABDB) telah selesai dan sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Turut hadir di Majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Pegawai-pegawai, jemputan-jemputan khas serta jurulatih-jurulatih.

Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 telah dilaksanakan selama 05 minggu bermula pada 28 April 2023 hingga 02 Jun 2023 disertai seramai 30 anggota terdiri daripada 05 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 04 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, 03 anggota dari IL ABDB, 03 anggota dari Markas Angkatan Bersama, 02anggota dari Rejimen Pasukan Khas dan 12 anggota dari Kementerian Pertahanan.

Kursus ini bertujuan untuk menambah kemahiran dan pengetahuan bagi kerani-kerani ABDB yang akan memegang jawatan selaku Ketua Kerani dan Pembantu Staf Luar Negeri. Disamping itu, kursus ini adalah salah satu platform khusus bagi untuk meningkatkan pengetahuan perkeranian di dalam ABDB dan melayakan peserta kursus untuk naik ke tahap PTB Kanan Kerani mengikut yang terkandung di dalam Taraf Pertukangan dan pekerjaan ABDB (RBAF TER).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Sarjan Mohammad Zul-Majdi bin Anuar diikuti dengan ucapan pengulasan dan pencapaian peserta kursus yang disampaikan oleh Sarjan Mohamad Safwani Idzuan bin Awang Ali selaku wakil pengendali kursus.

Dalam majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus dan seterusnya menyampaikan sijil penuntut-penuntut terbaik bagi kategori yang disandang masing-masing.

Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis telah menyentuh tentang tugas perkeranian adalah tugasan yang mencabar kerana kerani dilihat sebagai jentera utama kepada sesuatu organisasi disamping sifat memupuk semangat, keyakinan diri dan inisiatif adalah fungsi utama perjalanan tugas perkeranian bagi mengelakkan Hal ehwal Pentadbiran sesebuah organisasi terjejas. Jesteru, beliau memberi saranan untuk tidak membuat keputusan atau menghasilkan tugasan menggunakan jalan pintas dengan berpandukan kepada hukuman-hukuman Tetap, buku-buku rujukan, pegawai-pegawai atasan apabila diperlukan.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat daripada wakil peserta kursus, menikmati jamuan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

19001.png
19000.png

19003.png