10.jpgKerakas Payau, Juma’at, 26 Mei 2023 – Peserta Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 telah berkerjasama bergotong-royong melakukan aktiviti amal membersihkan Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kerakas Payau. Aktiviti ini dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Bertahlil beramai bagi Allahyarham Sabtu bin Haji Zaman, bekas tenaga kerja yang pernah berkhidmat sebagai pekerja awam di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison hadir selaku tetamu kehormat Lt Kol (U) Pg Muhammad Farisan bin Pg Haji Matassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, turut hadir Penolong Pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Cawangan Latihan dan warga SPT IL ABDB. Sebagai sumbangan dari peserta kursus, sebanyak 15 buah naskah buku Surah Yasin dan Tahlil, kerusi dan peralatan membersih tanah perkuburan telah diwakafkan bagi kegunaan penduduk Kampong.

11.jpg12.1.jpg
13.jpg