CAWANGAN LATIHAN KEWANGAN.png

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 30 September 2024 – Participants of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Finance Officers Course and the Pay Section Leader course session 2024 conducted a study visit to the Anti-Corruption Bureau (ACB) led by Kapten Shazwani Binti Ali, the Acting Head of the Finance Training Wing, Military Trade School, Training Institute Royal Brunei Armed Force (TI RBAF). Present during the visit were seven RBAF officers, 13 junior NCOs, and four instructors from the Military Training School, TI RBAF.


The main objective of this visit was to provide the course participants with a deeper understanding of the dangers of corruption and how it can negatively impact organizations, society, and the nation. By visiting the Anti-Corruption Bureau, participants had the opportunity to learn more about preventive measures, including law enforcement, anti-corruption education strategies, and public awareness campaigns.

This visit also aimed to broaden the participants understanding of their responsibilities as finance officers and pay clerk in ensuring that integrity and transparency are prioritized. This is in line with the RBAF’s efforts to strengthen discipline and prevent any form of misconduct that could tarnish the image of the RBAF. Additionally, through this exposure, course participants are expected to become more responsible leaders, with a deeper awareness of the risks of corruption in their work environment and practical steps to prevent it.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BIRO MENCEGAH RASUAH BAGI KURSUS PEGAWAI KEWANGAN ABDB SESI 2024 DAN KURSUS KETUA SEKSYEN GAJI SESI 2024


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 September 2024 – Peserta kursus Pegawai Kewangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 2024 dan kursus Ketua Seksyen Gaji Sesi 2024 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Biro Mencegah Rasuah (BMR) yang mana diketuai oleh Kapten Shazwani Binti Ali, Pemangku Ketua Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Rombongan sebanyak 24 orang terdiri daripada tujuh orang pegawai ABDB, 13 orang PTB-PTB Rendah and empat orang jurulatih-jurulatih Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pemahaman mendalam kepada para peserta kursus mengenai bahaya rasuah dan bagaimana ia boleh memberi kesan negatif kepada organisasi, masyarakat, dan negara. Dengan mengunjungi Biro Mencegah Rasuah, peserta berpeluang mendalami langkah-langkah pencegahan dari segi penguatkuasaan undang-undang, strategi pendidikan anti-rasuah, dan kempen kesedaran awam.

Lawatan ini juga bertujuan untuk membuka minda para peserta kursus dalam memahami lebih lanjut mengenai tanggungjawab mereka sebagai pengurus kewangan dalam memastikan integriti dan ketelusan diutamakan. Ini selaras dengan usaha ABDB untuk memperkukuh disiplin dan mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang boleh mencemarkan imej ABDB. Di samping itu, melalui pendedahan ini, para peserta kursus diharapkan mampu menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab, dengan kesedaran yang lebih mendalam terhadap risiko rasuah dalam persekitaran kerja mereka serta langkah-langkah praktikal untuk mencegahnya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BIRO MENCEGAH RASUAH BAGI KURSUS PEGAWAI KEWANGAN ABDB SESI 2024 DAN KURSUS KETUA SEKSYEN GAJI SESI 2024.png