Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

KURSUS KEPIMPINAN SARJAN SIRI 2/2019 MENGADAKAN AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN PANTAI PENANJONG GARISON

PENANJONG GARISON, Juma'at, 24 Januari 2020 – Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 2/2019 yang dikendalikan oleh Pusat Evolusi telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan di Pantai Penanjong Garison. Aktiviti kempen kebersihan ini juga disebut sebagai satu kursus satu amalan. Kempen kebersihan tersebut diketuai oleh 17213 Sjn Mohammad Reduan Bin Mahari selaku Pengerusi Program.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah Ketua Cawangan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan, jurulatih-jurulatih, guru-guru, ahli tetap Pusat Evolusi dan juga 53 orang peserta kursus tersebut.

Kempen tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sekaligus menjaga alam sekitar kawasan Pantai Penanjong Garison. Sebelum memulakan aktiviti kempen kebersihan, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh 12215 Pw1 Jaidi Bin Abd Rahman. Aktiviti kemasyarakatan kempen kebersihan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit bermula dari jam 1430 petang hingga 1600 

kpn 2.JPG

kempen 1.jpg