BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun.Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli kerabat Diraja bagi memeriahkan aktiviti sihat itu.
Acara pagi itu dimulakan dengan penyampaian tazkirah subuh yang bertajuk “Mahabbah Melalui Doa” oleh Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah, Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), semasa Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’, bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 telah menerima sambutan positif dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), di mana seramai 654 anggota termasuk keluarga, mengambil bahagian dalam acara meriah itu. Mengetuai warga Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam acara ini adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II.
Acara ini mengambil sukut baik Sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-72 tahun dan juga memberi kesempatan kepada penduduk yang terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas untuk beramah mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan juga menggalakkan gaya hidup sukan aktif serta memantapkan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus kepada perwujudan warga sihat.
Riadah berkenaan juga terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disusun seperti aktiviti sempena 50 tahun Special Olympics: Talent Identification (TID), aktiviti latihan ketenteraan, paintball dan memanah, pameran dan aktiviti Unit Pendidikan Khas, dan sebagainya.
Dengan mempamerkan semangat yang kuat, Kementerian Pertahanan dan ABDB juga memaparkan satu aktiviti yang baru iaitu polo basikal. Ini menggabungkan polo tradisional yang sangat digemari oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan latihan aerobik berbasikal yang dikenali sebagai hobi kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Acara riadah ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, serta penglibatan semua kementerian yang lain termasuk Kementerian Pertahanan.
