mmb2.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 17 Julai 2023 - Majlis Makan Malam Beradat bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran dan PTB Kanan,
Penanjong Garison.

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Ketibaan Tetamu Kehormat dijunjung dan diiringi oleh Yang Mulia 14407 PW2 Rayme bin Haji Mahadi, TLDB, selaku pengerusi majlis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan, jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, PE IL ABDB.

Majlis Makan Malam Beradat tersebut merupakan salah satu modul pembelajaran yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai pengurusan dan etika pengendalian majlis rejimental. Di samping itu, majlis tersebut juga merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai atasan bersama PTB-PTB Kanan dan peserta-peserta kursus.

Majlis Makan Malam Beradat dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan welcoming drinks. Majlis kemudian teruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh 15419 PW2 Jasni bin Anuar, TLDB dan seterusnya menikmati jamuan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis dan penyampaian cenderahati serta ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat.

Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Beradat merupakan majlis rejimental bagi anggota tentera. Beliau juga turut menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Beradat yang dikendalikan ini merupakan satu pendedahan mengenai tatacara pengendalian di dalam Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran. Di samping itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyarankan agar peserta kursus terus kekal bersemangat bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah serta maju jaya dalam pekerjaan masing-masing.

Majlis Makan Malam Beradat diserikan dengan persembahan daripada Platun Pencaragam Serunai dan Tambur, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis tersebut kemudiannya diakhiri dengan penandatanganan Lembaran Kenangan.

REGIMENTAL DINNER WARRANT OFFICER LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIAL 01/2023

PENANJONG GARISSON, Monday, 17 July 2023 – The Regimental Dinner for the Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2023 was held at the Warrant Officer and Senior Rank Mess, Penanjong Garisson.

Attending as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The arrival of Commandant TI RBAF was welcome and greeted by Yang Mulia 14407 WO2 Rayme bin Haji Mahadi, RBN, the event chairman. Also in attendance were the Senior Officers, Officers, Non-Commission Officers and Instructors of the Leadership and Management Wing, Evolution Center TI RBAF.

The Regimental Dinner is part of the learning module that aim to give exposure and knowledge on management and ethics in organizing regimental event. Furthermore, it is also as platform in strengthening the relationship amongst officers and senior ranks and course participants.

The occasion began with a photo taking session and welcoming drinks. It was then continued with the recitation of doa led by Yang Mulia 15419 WO2 Jasni bin Anuar, RBN and followed by the start of the dinner. The event carried on with the delivery of speech by the event chairman and the presentation of a token of appreciation. It then followed by a speech delivered by the Guest of Honour.

In his speech, the Guest of Honour emphasised that Regimental Dinner is a military regimental event. He also stated that the regimental dinner conducted in the Warrant Officer Leadership and Management Course is design as an exposure for organizing the military event.  In addition, the Guest of Honour also emphasized that the course participants to continuously remain enthusiast to work hard with honesty, sincerity and trust and wish the course participants success in their respective work.

The Regimental Dinner was livened up by the Trumpet and Drum Band Platoon from the Third Battalion of the Royal Brunei Land Force. The even later ended with the signing of signing of parchment.

mmb1.jpg 

mmb2.jpg 

mmb3.jpg 

mmb4.jpg 

mmb5.jpg