Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headlines

  
  
  
8/15/2019 4:21 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 15 Ogos 2019 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Kerani Asas bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Anggota Simpanan Gurhka telah sempurna dilaksanakan di Bilik Persidangan Cawangan Latihan Kerani Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/11/2019 8:59 PM

​PENANJONG GARISON, Sabtu, 10 Ogos 2019 - Seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini melaungkan takbir raya Aidiladha sejurus sempurnanya menunaikan Sembahyang Fardu Isyak dalam menyemarakkan sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban sebelum Sembahyang Sunat Aidiladha didirikan pada hari berikutnya.

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
8/11/2019 9:13 PM
PENANJONG GARISON, Jumaat 09 Ogos 2019 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Peringkat ABDB bagi tahun 2019/2020 selama tiga hari bermula pada hari Rabu, 7 Ogos 2019 sehingga hari Jumaat, 9 Ogos 2019 bertempat di Dewan Gerak Badan Penanjong Garison yang dikendalikan oleh Institut Latihan ABDB.

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
8/13/2019 10:42 AM

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 08 OGOS 2019- Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 1/2019 dan Kursus Elementary English Siri 1/2019 telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Dayang Siti Nur A’fiqah binti Haji Awang Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi IL ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai, guru-guru, Pemangku Sekolah Sarjan Mejar, jurulatih-jurulatih, dan ahli tetap Pusat Evolusi IL ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/5/2019 5:09 PM

PENANJONG GARISON, Isnin, 05 Ogos 2019– Pembukaan Majlis Kerani Lanjutan Sesi 2019, Cawangan Latihan Kerani Lanjutan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/5/2019 3:02 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Ogos 2019 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-165 ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
7/25/2019 7:41 AM

PENANJONG GARISON, Rabu 24 Julai 2019 – Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Hun Manet, Deputy Commander-In-Chief of Royal Cambodian Armed Forces, Commander of The Royal Cambodian Army telah berkenan membuat kunjungan lawatan ke Penanjong Garison berserta rombongan. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Ouk Chandara, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary, Royal Embassy of Cambodia.

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
7/22/2019 3:57 PM

PENANJONG GARISON, ISNIN, 22 Julai 2019.   Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Perlaksanaan Regional Jungle Warfare Symposium 2019 (RJWS 2019) di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menghargai penglibatan semua pihak daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Unit-unit ABDB yang telah menjayakan RJWS 2019.

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
7/23/2019 1:07 PM

PENANJONG GARISON, KHAMIS 18 Julai 2019. Majlis Penutup Kursus bagi Asas Pengendalian Makanan dan Katerer Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 10 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 05 orang, seorang daripada Institut Latihan ABDB dan 04 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar. 

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
7/14/2019 10:56 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Julai 2019 - Satu Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes PW/SSjn/Sjn, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
7/14/2019 11:08 PM

BERAKAS GARISON, Jumaat, 12 Julai 2019 -  Satu Majlis Kenaikan Pangkat bagi seramai 110 pegawai ABDB telah dilaksanakan hari ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
7/14/2019 10:46 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 11 Julai 2019 - Satu Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah IL ABDB telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Nikmat, IL ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
7/8/2019 11:38 PM

PENANJONG GARISON, Isnin, 8 Julai 2019 – Majlis Pembukaan Kursus bagi  Intermediate Officers Tactic Course (IOTC) bagi tahun 2019 telah diadakan hari ini di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
7/8/2019 11:27 PM

PENANJONG GARISON, ISNIN, 01 JULAI 2019 -  Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 2/2019 telah berlangsung di Bilik 81, Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Yang Mulia Kapten Dk Hjh Siti Noraishah binti Pg Hj Tajudin, Ketua Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan. Turut hadir dimajlis tersebut ialah pegawai-pegawai, guru-guru, Sekolah Sarjan Mejar (SSM) dan jurulatih-jurulatih.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
6/4/2019 8:30 PM

PENANJONG GARISON, Isnin 03 Jun 2019 – Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
6/5/2019 10:42 AM

PENANJONG GARISON, Isnin 03 Jun 2019 – Majlis Penyampaian Kupon Minuman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al - Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian kupon minuman.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
6/11/2019 9:55 AM
PENANJONG GARISON, Khamis 30 Mei 2019 - Ahli Jawatankuasa Mes Pegawai Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Penyerahan Kupon Minuman bagi ahli-ahli Mes serta Petugas-petugas Mes Penanjong Garison bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Turut hadir pada majlis ini adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 
Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/26/2019 10:18 AM

​PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 Mei 2019 - Sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1440H, Penanjong Garison pada hari ini telah mengadakan ceramah khas bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Acara dimulakan dengan bertadarus Surah Ali Imran ayat 30 hingga ayat 37, kemudian menunaikan Solat Sunat Dhuha dan diikuti dengan ceramah khas bersempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Pg Hj Reduan bin Pg Hj Badarudin, Penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/22/2019 8:58 AM

PENANJONG GARISON, Ahad, 19 Mei 2019  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB bagi Tahun 1440H / 2019M bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Negara Brunei Darussalam dan juga Jemputan-jemputan khas yang lain terdiri daripada mantan-mantan Komandan IL ABDB. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/17/2019 12:34 PM

​PENANJONG GARISON, KHAMIS 16 MEI 2019 – Ceramah Khas Kuliah Zuhur sempena Hari Keluarga Kebangsaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Zulkifli bin Haji Zakaria daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/15/2019 2:47 PM

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mei 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/14/2019 1:53 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat 10 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus Ketua Kompeni Siri 2019 telah diadakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison pada petang tadi. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya tetamu kehormat majlis dijemput oleh Yang Mulia Mejar Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB bagi penyempurnaan majis berkenaan. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/4/2019 5:02 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 3 Mei 2019 Warga Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Istimewa sempena sambutan Jubli Emas IL ABDB, bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran 5 anak-anak yatim dan 9 anak-anak istimewa kepada anggota-anggota IL ABDB bersama keluarga. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/8/2019 10:25 AM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 03 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus Tempur Ketua Seksyen sesi 2018 dan Penolong Ketua Seksyen sesi 2018 telah diadakan di Padang Kawad Sekolah Infantri, IL ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Mejar Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, IL ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/8/2019 9:42 AM

PANGKALAN UDARA RIMBA, Khamis, 02 Mei 2019 - Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019/2020 yang dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berlangsung di Pangkalan Udara Rimba. Pasukan yang bersaing adalah daripada setiap unit ABDB yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan juga Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
5/2/2019 5:13 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 02 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018 telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Majlis Penutup Kursus telah dirasmikan oleh 706 Mej Ruhaizmi bin Hj Rusli, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat Majlis dan diiringi oleh 983 Kapten Majiidah binti Hj Sidek, Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jemputan-jemputan Khas serta Peserta Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018.

Created By: Lt Majiidah binti Haji Sidek
  
5/4/2019 5:21 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 02 Mei 2019 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 1/2019, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan dan Kursus Intermediate English Siri 1/2019, Cawangan Bahasa telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
4/30/2019 3:30 PM

PENANJONG GARISON, Isnin, 29 April 2019 -  Kempen Menderma Darah telah diadakan pada hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-58. Kempen tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Nikmat dan disertai oleh warga Penanjong Garison. Antara yang hadir pada kempen tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
5/8/2019 11:23 AM

​PENANJONG GARISON, Isnin, 29 April 2019 – Majlis Penutup Kursus Asas Vokasyen Semboyan Sesi 2019 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Kelas Membaca Peta, Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
4/24/2019 7:37 PM

PENANJONG GARISON, Isnin, 22 April 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi perjumpaan telah berlangsung bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
1 - 30Next