Skip Ribbon Commands
Skip to main content

INSTITUT LATIHAN ABDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH TEMBURONG

TEMBURONG, 2 MAC 2024 – Institut Latihan turut serta kempen kebersihan di Daerah Temburong pada pagi ini sebagai menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran. Kempen kebersihan telah diadakan di Masjid Kampong Labu Estate.

IL ABDB mengadakan kempen kebersihan di Masjid Daerah Temburong 02 Mac 2024.jpg

MAJLIS SAMBUTAN MALAM NISFU SYA’BAN BAGI TAHUN 1445H

PENANJONG GARISON, Sabtu 24 Februari 2024 – Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'ban bagi Tahun 1445H telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.  Hadir selaku Pegawai Terkanan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaban bagi Tahun 1445 Pnjng Gar.jpg

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 40 TAHUN PERINGKAT PENANJONG GARISON

PENANJONG GARISON, Khamis, 22 Februari 2024 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dalam sama-sama memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.

Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun peringkat Penanjong Garison.jpg

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI ASAS SIRI 2/2023

PENANJONG GARISON, Khamis 22 Februari 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Mejar Pengiran Hairuldin bin Pengiran Haji Mohd Tali @ Pengiran Muhd Khairuddin, Timbalan Pegawai Turus F1, Markas Medan, Tentera Darat Diraja Brunei.   Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai dan jemputan khas, Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani dan Jurulatih-jurulatih daripada Tentera Darat Diraja Brunei.

90.jpg

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS KERANI ASAS SIRI 2/2023

Penanjong Garison, Isnin 22 Januari 2024 – Majlis Pembukaan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 telahpun berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

015.png

View all News
< March 2024 >
 Sun  Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat 
 25 
 26 
 27 
 28 
 29 
 1 
 2 
 3 
 4 
 5 
 6 
 7 
 8 
 9 
 10 
 11 
 12 
 13 
 14 
 15 
 16 
 17 
 18 
 19 
 20 
 21 
 22 
 23 
 24 
 25 
 26 
 27 
 28 
 29 
 30 
 31 
 1 
 2 
 3 
 4 
 5 
 6