Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PENANJONG GARISSON HELD GEMA MARHABAN MALAM ON 12 RABIULAWAL IN CONJUNCTION WITH THE MAULIDUR RASUL 1447 HIJRAH

acara Gema Marhaban Malam pada malam 12 Rabiulawal 1447H 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Thursday, 04 September 2025 - Penanjong Garrison held a Gema Marhaban Malam on the evening of 12 Rabiulawal 1447H, marking the conclusion of 12 consecutive nights of Dikir Maulud. The event was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, as part of the Ministry of Defence's Maulidur Rasul programme.

 

Gracing the ceremony as Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Acting Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also in attendance were senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

 

The event began with the congregational performance of Maghrib Prayer and Sunnah Hajat Prayer, led by Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam of Surau Al-Hikmah. The event continued with the recitation of the Sirah An-Nabawiyah, followed by Dikir Assalamualaika and selected dikir. Resume with the 'Isha Prayer, which was then followed by Dikir Diba'ie and Dikir Marhaban. The event concluded with the recitation of the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

 

PENANJONG GARISON MENGADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN MALAM KE 12 RABIULAWAL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H

PENANJONG GARISON, Khamis, 04 September 2025 - Penanjong Garison telah mengadakan acara Gema Marhaban Malam pada malam 12 Rabiulawal 1447H, bagi menandakan penutup kepada 12 malam berturut-turut Dikir Maulud. Acara tersebut talah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, sebagai sebahagian daripada program Maulidur Rasul Kementerian Pertahanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis tersebut dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Solat Sunnat Hajat berjemaah yang dikepalai oleh Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah. Majlis diteruskan dengan bacaan Sirah An-Nabawiyah, dan Dikir Assalamualaika serta Dikir pilihan. Seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, diteruskan lagi dengan Dikir Diba'ie dan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

acara Gema Marhaban Malam pada malam 12 Rabiulawal 1447H 02.jpg

acara Gema Marhaban Malam pada malam 12 Rabiulawal 1447H 03.jpg