
Penanjong Garrison, Monday, 1 September 2025 – The Opening Ceremony of the Advanced Automotive Technician Course Series 2025 was officiated by Captain Robert Wilson, Technical Training Officer, Land Technical Training Wing, at the Practical Training Area, Land Technical Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
The course is designed for Class 2 Automotive Technicians to qualify as Class 1 Automotive Technicians. It aims to further train and guide participants in the duties and responsibilities of a Class 1 Automotive Technician, equipping them with advanced mechanical skills, including the inspection and maintenance of Royal Brunei Armed Forces vehicle equipment.
The course is conducted over ten weeks with a total of five participants, comprising two personnel from the Engineer Regiment Workshop, one from the First Battalion Light Aid Detachment (LAD), one from the Third Battalion LAD, and one from Penanjong Workshop.
The Advanced Automotive Technician Course further enhances participants' knowledge and skills in vehicle inspection and maintenance while also providing exposure to management and problem-solving skills. It aims to strengthen participants' competence and confidence as Automotive Technicians, preparing them to take on greater responsibilities in their respective units.
The conduct of this course reflects the Royal Brunei Armed Forces' commitment to developing competent and professional automotive technicians capable of supporting operational readiness. Through structured training and progressive learning, participants are expected to apply the knowledge and skills gained to enhance the effectiveness of inspection and maintenance functions, ensuring that the RBAF remains adaptive, resilient, and mission-ready.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS AUTOMOTIF LANJUTAN SESI 2025
PENANJONG GARISON, Isnin, 01 September 2025 – Majlis Pembukaan Kursus Lanjutan Automotif Sesi 2025 telah dirasmikan oleh Kapten Robert Wilson, Pegawai Latihan Teknikal, Cawangan Latihan Teknikal Darat bertempat di kawasan Latihan Praktikal, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus ini bertujuan untuk menaik taraf profesion Juruteknik Automotif Kelas 2 kepada Juruteknik Automotif Kelas 1. Objektif kursus ini adalah untuk melatih dan membimbing peserta kursus mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai Juruteknik Automotif Kelas 1 agar berkebolehan dalam bidang mekanikal seperti mahir menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan kenderaan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus ini akan dijalankan selama 10 minggu, melibatkan seramai 05 anggota terdiri daripada 02 anggota unit Woksyop Rejimen Jurutera, 01 anggota LAD Batalion Pertama, 01 anggota LAD Batalion Ketiga dan 01 anggota Woksyop Penanjong.
Kursus Automotif Lanjutan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus dalam melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan kenderaan. Peserta kursus juga didedahkan dengan kemahiran pengurusan dan kemahiran menyelesaikan masalah agar mereka siap siaga menjalankan tugas dan tanggungjawab, cekap dan berkeyakinan sebagai Juruteknik Automotif.
Penganjuran kursus-kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam melahirkan anggota Juruteknik Automotif yang kompeten serta profesional bagi menyokong kesiapsiagaan operasi. Melalui latihan yang tersusun dan pembelajaran berterusan, para peserta diharapkan dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk meningkatkan keberkesanan pemeriksaan dan pemeliharaan dan seterusnya memastikan ABDB kekal beradaptasi, berdaya tahan dan sentiasa bersedia melaksanakan misi.