Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FINAL FOOTBALL MATCH BETWEEN MINDEF COMBINED TEAM AND ROYAL BRUNEI LAND FORCE

sepak bola gabungan IL 01.jpg

Berakas Garrison, Friday, 29 August 2025 – The final match of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football Tournament 2025 took place at the Mini Stadium, Berakas Garrison, featuring a competitive clash between the MINDEF Combined Team and the Royal Brunei Land Force (RBLF).

The tournament, held from 11 to 29 August 2025, featured four participating teams: Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and the MINDEF Combined Team, which included four personnel from the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).

Present as Guest of Honour during the final match was Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force, acting as Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also, in attendance were senior officers, officers, and personnel of the RBAF, who gathered to support and witness the culmination of the tournament.

In a spirited and competitive final, the MINDEF Combined Team conceded a loss to RBLF. However, owing to their consistent performance throughout the tournament, they successfully secured first place in the league table.

The tournament served to foster camaraderie, teamwork, and sportsmanship among the services, while strengthening unity and morale within the Royal Brunei Armed Forces.

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN GABUNGAN MINDEF DAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI


BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 Ogos 2025 – Perlawanan akhir bagi Kejohanan Bola Sepak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2025 telah berlangsung di Mini Stadium, Garrison Berakas, menyaksikan pertembungan sengit antara Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Kejohanan ini telah berlangsung dari 11 hingga 29 Ogos 2025, dengan penyertaan daripada empat pasukan utama iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Gabungan MINDEF, yang turut disertai oleh empat anggota dari Institut Latihan ABDB (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei merangkap Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota ABDB.

Dalam perlawanan akhir yang penuh semangat kesukanan, Pasukan Gabungan MINDEF tewas kepada pasukan TDDB. Namun begitu, berdasarkan prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan, Pasukan Gabungan MINDEF telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta liga.

Kejohanan ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan antara perkhidmatan, serta mengeratkan lagi semangat sepasukan dalam kalangan warga ABDB.


sepak bola gabungan IL 02.jpg