Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SHARING SESSION WITH THE LEADERS OF THE WARRANT OFFICERS LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SESSION 2024

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20241.jpg

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 10 September 2024 - Sharing Session with the Leaders of the Warrant Officer Leadership and Management Course Session 2024 took place at the Warrant Officers and Senior Non-Commissioned Officers’ Mess, Penanjong Garrison. Present as the guest of honor is Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, the Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).


During the session, Yang Mulia Commandant TI RBAF discussed the importance of the RBAF Leadership Model which has to be learned, nurtured and consistently applied in every leader. He also emphasised that a leader must possess the ability, experience and knowledge to carry out duties and responsibilities. With the given ranks, honesty and trustworthiness are paramount qualities for mid-level leaders in the organisation. He also reminded the leaders how important sincerity is in performing duties. Among the advice that was also given was to avoid and stay away from committing offences such as sexual harassment, loan sharks, drug abuse, smoking, bringing in contraventions and anything that violates RBAF and civil laws. For mid-level leaders who are vital in the RBAF, as leaders, it is important to be an emphatic listener, and respect as well as accept the new generation of young soldiers including new young officers. He also admonished that a leader should always continue to acquire and consume knowledge including religious knowledge.


The session ended with a question-and-answer session followed by a group photo with Yang Mulia Commandant TI RBAF.

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 2024


PENANJONG GARISON, SELASA, 10 September 2024 – Sesi Muzakarah Bersama Para Pemimpin Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2024 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).


Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah menekankan kepentingan Model Kepimpinan ABDB yang perlu sentiasa diterapkan dalam diri setiap pemimpin di mana-mana jua berada lebih-lebih lagi di tempat kerja. Beliau juga menekankan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai keupayaan, pengalaman dan pengetahuan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dengan pangkat yang telah diberikan, sifat jujur dan amanah adalah sangat tinggi nilainya bagi seorang pemimpin pertengahan di dalam organisasi. Beliau juga turut mengingatkan kepada para pemimpin betapa pentingnya perasaan ikhlas semasa menjalankan tugas. Antara nasihat-nasihat yang turut disampaikan adalah untuk menghindari dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang seperti gangguan seksual, peminjaman atau meminjamkan duit secara tidak sah (loan shark), penyalahgunaan dadah, merokok, membawa barang tegahan masuk dan apa-apa jua yang melanggar undang-undang ABDB dan negara. Bagi seorang pemimpin pertengahan yang amat diperlukan di dalam ABDB, para pemimpin hendaklah sentiasa mendengar, menghormati and menerima generasi baharu angkatan tentera termasuk pegawai-pegawai baharu. Beliau juga mengingatkan bahawa seorang pemimpin hendaklah sentiasa terus menimba ilmu pengetahuan termasuk ilmu keagamaan.


Sesi tersebut berakhir dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar ramai bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB.


SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20242.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20243.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20244.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20245.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20246.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20247.jpg 

SESI MUZAKARAH BERSAMA PARA PEMIMPIN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 20248.jpg