Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN RASMI KURSUS KEPIMPINAN PTB RENDAH SIRI 01/2024

KNP PTB Rendah siri 1.2024.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 16 Mei 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Rasmi Kursus Kepimpinan PTB Rendah Siri 1/2024 telah berlangsung pada pagi hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Hassanan, Pemangku Pegawai Memerintah PE IL ABDB. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai cawangan, Guru-Guru, Sekolah Sarjan Mejar PE IL ABDB dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan PE IL ABDB.

Majlis diberkati dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 51935 LKpl Anas Fawwaz bin Affendi dan diteruskan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah An-Nissa ayat 58-59.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Penuntut Kursus Kepimpinan PTB Rendah Siri 01/2024. Penuntut terbaik teori disandang oleh 52379 LKpl Mohamad Hazwan bin Mohd Daud. Manakala penuntut terbaik keseluruhan disandang oleh 21935 LKpl Nur Aqilah binti Awg Kula dan seterusnya diserikan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.

Di dalam ucapan, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada peserta kursus Kepimpinan PTB Rendah Siri 01/2024 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menyatakan hasrat peserta kursus untuk menyerapkan sikap kepimpinan yang berwawasan, berwibawa, bertanggungjawab dan yang berkesan serta menjana kepimpinan yang baik dan berkualiti.

Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan perasmian penutupan Kursus Kepimpinan PTB Rendah Siri 01/2024. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.

51935.jpg

Ucapan dari ketua Penuntut.jpg

KNP PTB Rendah siri 1.2024 1.jpg

KNP PTB Rendah siri 1.2024 2.jpg

KNP PTB Rendah siri 1.2024 3.jpg