Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KUNJUNGAN PENGENALAN KOMANDAN KE SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

12.jpgPenanjong Garison, Isnin, 16 Mei 2022 – Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah membuat lawatan pengenalan ke Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).

Ketibaan Komandan disambut oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Rombongan yang turut serta bagi lawatan tersebut adalah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Timbalan Komandan IL ABDB berserta anggota-anggota Markas IL ABDB. Sejurus ketibaan, Komandan IL ABDB  telah menerima tabik hormat perbarisan dari anggota-anggota tetap SPT IL ABDB yang diketuai oleh Leftenan Awangku Hamizan bin Pengiran Salim. Komandan IL ABDB seterusnya memeriksa perbarisan dan berkenalan dengan Jurulatih-jurulatih Kanan Cawangan dan Pegawai-Pegawai SPT. Komandan juga dijunjung untuk bergambar ramai bersama anggota-anggota tetap SPT IL ABDB dan juga beserta rombongan lawatan.

Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB seterusnya menjunjung Komandan IL ABDB untuk menandatangani lembaran kenangan yang diteruskan dengan penyampaian taklimat daripada Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB dan diakhiri dengan lawatan ke prasarana cawangan-cawangan di SPT IL ABDB. 

13.jpg

14.jpg

15.jpg

16.jpg