Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS JURULATIH KEMAHIRAN DAN PENGASUH SENJATA RINGAN SIRI 02/ 2020


PENANJONG GARISON-Khamis, 01 April 2021 - Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 02/2020 bertempat di Bilik Kuliah Bangunan C, Sekolah Infantri IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 762 Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Serbini, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat Unit, IL ABDB. Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 02/2020 yang bermula dari 07 Januari 2021 sehingga 02 April 2021 telah dihadiri seramai 40 anggota terdiri daripada 10 anggota dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, 10 anggota dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, 04 anggota dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, 03 anggota dari Khidmat Bantuan Kombat, 04 anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, 04 anggota dari IL ABDB, 03 anggota dari Polis Diraja Brunei dan 02 anggota dari Jabatan Penjara.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada Yang Mulia Ustaz Haji Sukaimi, Guru Ugama, Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan Ulasan Pencapaian Kursus daripada Penolong Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, 10782 PW1 Birosleh bin Abi. Majlis penyampaian lambang-lambang dan sijil-sijil telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada semua peserta kursus dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada Peserta Kursus Terbaik Teori disandang oleh 50058 Kpl Mohammad Hairul Faisal bin Mohd Ali dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei. Peserta Kursus Terbaik Amali sekaligus merangkumi Terbaik Keseluruhan disandang oleh 51012 LKpl Mohd Khairul Azwan bin Abdul Hamid, dari Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.
Presentation1.jpg