%2001.png)
BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 25th November 2025 - The Pay Section Leader Course Session 2025 continues into its sixth week with the an educational visit to the Anti-Corruption Bureau, accompanied by instructors from the Financial Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.
The objective of the educational visit is to strengthen awareness of corruption issues within the organization while gaining insights into the roles and functions of the Anti-Corruption Bureau. Participants were briefed on current anti-corruption laws, procedures for reporting misconduct, and the importance of upholding integrity in the organisation.
This initiative significantly promotes a culture of integrity, transparency, and accountability among RBAF personnel, particularly those handling finance and administrative responsibilities. It also serves to enhance ethical decision-making, build trust within the system, and prevent abuse of power and resources.
The visit concluded with an interactive question and answer session, allowing participants to engage with Anti-Corruption Bureau officers, discuss real-life scenarios, and deepen their understanding of anti-corruption strategies implemented at the national level.
—-
KURSUS KETUA SEKSYEN GAJI SESI 2025 MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BIRO MENCEGAH RASUAH (BMR)
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 November 2025 - Kursus Ketua Seksyen Gaji Sesi 2025 meneruskan minggu keenam dengan membuat lawatan sambil belajar ke Biro Mencegah Rasuah (BMR) bersama jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk membuka minda dan kesedaran terhadap isu rasuah dalam kalangan anggota dan organisasi serta memahami peranan dan fungsi Biro Mencegah Rasuah secara langsung. Ini secara signifikan menggalakkan budaya integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan anggota. Para peserta telah diberikan taklimat mengenai undang-undang anti-rasuah, prosedur melaporkan salah laku serta kepentingan mengekalkan integriti dalam sesebuah organisasi.
Inisiatif ini turut memperkukuhkan budaya integriti, ketelusan dan akauntabiliti khususnya dalam kalangan anggota ABDB yang terlibat dalam bidang kewangan dan pentadbiran. Ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan membuat keputusan secara beretika, membina kepercayaan dalam sistem, serta mencegah penyalahgunaan kuasa dan sumber.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab, yang membolehkan para peserta berinteraksi secara langsung dengan Pegawai BMR, membincangkan situasi sebenar dan memperdalam pemahaman mereka terhadap strategi anti-rasuah yang dilaksanakan di peringkat nasional.
%2002.png)
%2003.jpg)
%2004.jpg)