Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HANDOVER PARADE CEREMONY FOR THE COMMANDING OFFICER OF SCHOOL OF MILITARY TRADE, TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Thursday, 13 November 2025 - The Handing Over Ceremony for the Commanding Officer of the School of Military Trade, Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (SMT TI RBAF) was held today for the second time, marking the transition of leadership between Yang Mulia Lieutenant Colonel Nurulain Rawiah binti Haji Mohammad Raub, the outgoing Commanding Officer of SMT TI RBAF, and Yang Mulia Lieutenant Colonel Mohammad Zyed Nazri bin Haji Abdullah, the newly appointed Commanding Officer. The ceremony took place in front of the SMT TI RBAF Headquarters at Penanjong Garrison.

 

In her remarks, the outgoing Commanding Officer expressed her gratitude and pride at witnessing the growth of SMT TI RBAF from separate branches into a unified, firmly grounded school with its own identity. She highlighted efforts to ensure that all members of SMT work cohesively as one team through initiatives such as Team Building, Team Learning, open communication, and continuous encouragement towards achieving higher standards.

 

With the signing of the handing over duties parchment and the handing over of Command Stick SMT TI RBAF to the newly appointed Commanding Officers symbolises the official handing over of duties and authorities.

 

The new Commanding Officer received a salute, inspected the parade of honour, and gave a speech as the new Commanding Officer. He urged all SPT personnel to stand together and work as one team. He emphasised that the true strength of an organisation does not lie in individuals alone, but in unity, loyalty, and sincerity in fulfilling responsibilities. He also underscored the importance of discipline, dedication, and a strong fighting spirit in elevating the school to greater excellence, respect, and prestige – in line with the vision and mission of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

​ 

 

 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

 

PENANJONG GARISON, Khamis, 13 November 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera (SPT), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bagi kali kedua telah diadakan pada hari ini bagi menyambut pucuk kepimpinan baharu, iaitu  Yang Mulia Leftenan Kolonel Nurulain Rawiah binti Haji Mohammad Raub, mantan Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB, dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Zyed Nazri bin Haji Abdullah, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB yang baharu. Majlis berlangsung di hadapan Bangunan Markas Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

Dalam ucapannya, mantan Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB menyatakan rasa syukur dan bangga melihat perkembangan SPT IL ABDB, daripada cawangan-cawangan yang berasingan kepada sebuah sekolah yang bersatu dan beridentiti. Beliau menekankan usaha memastikan setiap warga SPT berfungsi sebagai satu pasukan melalui aktiviti seperti "team building" dan "team learning", komunikasi terbuka serta dorongan berterusan untuk mencapai standard yang lebih tinggi.

Penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kepimpinan Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB menjadi lambang penyerahan rasmi tugas kepada Pegawai Pemerintah yang baharu.

Dalam ucapan beliau sebagai Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB yang baharu, Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Zyed Nazri menyarankan agar semua anggota SPT IL ABDB berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan. Beliau menegaskan bahawa kekuatan organisasi tidak terletak pada individu semata-mata, tetapi pada semangat kebersamaan, kesetiaan dan keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab. Beliau juga menekankan kepentingan disiplin, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi untuk membawa sekolah ini ke tahap lebih cemerlang, disegani dan berprestij, selaras dengan visi dan misi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 02.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 03.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 04.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 05.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 06.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 07.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera 2025 08.jpg