.jpeg)
PENANJONG GARRISON, Tuesday, 21 October 2025 – The Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) officially launched The Second Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2025 (The 2nd RBAF Training Conference 2025)  today at the Evolution Centre, Penanjong Garrison. The two-day conference, themed “Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment", brings together military and civilian training stakeholders from the RBAF, government agencies, and strategic partners.
 
The Opening Ceremony was officiated by Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjeffrie bin Pengiran Haji Mohammad Ja'afar, Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces, who also delivered the keynote address as the Guest of Honour. In his speech, the Commandant welcomed representatives from various local and international agencies including the Fire and Rescue Department, Internal Security Unit, Land Transport Department, Singapore Armed Forces, Gurkha Security Unit, British Forces Brunei, Safety, Health and Environment National Authority (SHENA), and Brunei Engineering, Logistics and Training Solutions (BELTS), along with training representatives from across the RBAF.
 
He highlighted that the conference serves as an important platform for discussion, collaboration, and knowledge sharing among training institutions and partner agencies. The Commandant underscored the need for the RBAF to continuously adapt to modern defence and security challenges, foster a safety-driven culture, and develop future-ready personnel through innovation and inter-agency cooperation.
 
The Commandant also expressed optimism that the conference will produce fruitful and beneficial outcomes, supporting the aspiration to document and publish key findings and insights that can contribute to the continuous improvement of the RBAF training system.
 
He concluded by encouraging all participants to actively contribute ideas and perspectives, noting that their experience and collaboration are vital in shaping the way forward for RBAF training and capability development.
 
Throughout the two-day programme, participants engaged in fireside chat with an invited guest - Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces, plenary sessions, dialogue session, syndicate discussions, and case study presentations, exploring key issues such as training evolution, safety frameworks, leadership development, and interoperability across defence and security agencies. In addition, SHENA and Aewon were also actively participating by showcasing their exhibits and displays on safety-related equipment and innovations, further enhancing participants' awareness of technology and best practices in training safety.
 
The conference is expected to yield significant benefits for the RBAF and its partners. It provides an opportunity to benchmark training standards, harmonise safety policies, and promote innovative practices that enhance both the effectiveness and resilience of training institutions. Furthermore, the cross-agency engagement fosters shared understanding and unity of purpose in achieving national defence readiness—aligning with the RBAF's broader vision of building a professional, adaptive, and safety-conscious force prepared for future challenges.
 
 
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI THE SECOND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2025
 
Selasa, 21 Oktober 2025 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini menganjurkan The Second Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2025 bertempat di Pusat Evolusi, Perkhemahan Penanjong. Persidangan selama dua hari ini bertemakan “Balancing the Edge: Evolution in Training and a Safety-Driven Environment", yangmana ianya menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan dalam latihan di Kementerian Pertahanan, agensi-agensi kerajaan yang lain serta rakan-rakan strategik.
 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjeffrie bin Pengiran Haji Mohammad Ja'afar, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, yang turut menyampaikan ucaptama perasmian pembukaan selaku Tetamu Kehormat.
 
Dalam ucaptama perasmian persidangan tersebut, beliau mengalu-alukan kehadiran representatif yang terdiri daripada pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Darat, Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Sekuriti Gurkha, British Forces Brunei, Safety, Health and Environment National Authority (SHENA), dan Brunei Engineering, Logistics and Training Solutions (BELTS) termasuk wakil-wakil latihan dari seluruh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
 
Beliau menekankan bahawa persidangan ini berfungsi sebagai platform penting bagi perbincangan, kolaborasi, dan perkongsian ilmu antara institusi latihan dan agensi-agensi kerajaan serta rakan kongsi yang lain. Beliau juga turut menegaskan keperluan bagi ABDB untuk terus menyesuaikan diri dengan cabaran pertahanan dan sekuriti moden, memupuk budaya berasaskan keselamatan, serta membangunkan institusi yang siap siaga menghadapi masa hadapan melalui inovasi dan kerjasama antara agensi.
 
Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa persidangan kali ini akan menghasilkan dapatan yang bernas dan bermanfaat selaras dengan hasrat untuk mendokumentasikan dan menerbitkan penemuan serta pandangan utama yang dapat menyumbang ke arah penambahbaikan yang berterusan terutama dalam sistem latihan ABDB.
 
Beliau mengakhiri ucapan dengan menggalakkan semua peserta agar aktif menyumbangkan idea dan pandangan, sambil menegaskan bahawa pengalaman dan kerjasama mereka amat penting dalam membentuk hala tuju latihan dan pembangunan keupayaan ABDB.
 
Sepanjang program dua hari ini diadakan, para peserta juga menyertai sesi bual bicara bersama Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, sesi panel, sesi dialog, perbincangan sindiket, dan pembentangan kajian kes yang merungkai isu-isu utama seperti evolusi latihan, kerangka keselamatan, pembangunan kepimpinan, dan kebolehoperasian antara agensi pertahanan dan sekuriti. Selain itu, SHENA dan Aewon juga terlibat dalam pameran statik yang menunjukan kelengkapan berkaitan dengan Persidangan ini bagi meningkatkan kesedaran dalam keselamatan semasa dalam latihan.
 
Persidangan ini dijangka memberikan manfaat yang signifikan kepada ABDB dan rakan-rakan kongsinya, dengan menyediakan peluang untuk menanda aras piawaian latihan, menyeragamkan dasar keselamatan, serta menggalakkan amalan inovatif yang dapat meningkatkan keberkesanan dan ketahanan institusi latihan. Selain itu, penglibatan antara agensi ini turut memupuk persefahaman bersama dan kesatuan matlamat dalam mencapai kesiapsiagaan pertahanan negara sejajar dengan visi ABDB untuk membentuk angkatan yang profesional, adaptif, dan peka terhadap keselamatan serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
