Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE CLOSING CEREMONY OF THE INAUGURAL BASIC ARABIC LANGUAGE COMMUNICATION COURSE 2025

Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Friday 24 October 2025 - The Closing Ceremony of the Inaugural Basic Arabic Language Communication Course 2025 was held at the Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (EC TI RBAF).

 

The ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Md Ja'afar, Commandant of the TI RBAF (TI RBAF). Also in attendance were officers, instructors, and course participants from the RBAF

 

The event commenced with a group photo session, followed by the recitation of Doa, led by Muhammad Rusaini bin Awang, Islamic Teacher of Penanjong Garrison. The programme then continued with a speech delivered by Lieutenant Emie Norfaziera binti Haji Roslan, Head of the Language Wing, Evolution Centre, TI RBAF, who emphasised the importance of language proficiency in fostering effective communication and mutual understanding. This was followed by a speech from a representative of the course participants, who expressed gratitude for the opportunity to build a foundational understanding of Arabic communication.

 

The ceremony proceeded with the presentation of certificates to the participants, marking the successful completion of the course, followed by a closing speech delivered by the Guest of Honour.

 

In his closing remarks, Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie expressed his appreciation for the dedication and enthusiasm shown by the participants, commending their commitment to learning and improving their Arabic language skills. He also extended his gratitude to the instructors and organisers for their guidance and support, and acknowledged the collaboration between the Training Institute, RBAF, and the Directorate of Religion, Ministry of Defence, which made the course possible. He further encouraged participants to continue applying their newly acquired skills in both professional and personal contexts, underscoring the significance of language in strengthening communication, cultural understanding, and regional engagement.

The event underscored the RBAF continued commitment to enhancing language capabilities and promoting cross-cultural understanding among its personnel.


Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025


PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 Oktober 2025 – Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 telah diadakan di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).

 

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Md Ja'afar, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, Jurulatih-jurulatih, dan Guru-guru dan kakitangan ABDB.

 

Acara dimukakan dengan sesi bergambar ramai dan diikuti dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Muhammad Rusaini bin Awang, Guru Ugama Perkhemahan Penanjong. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Leftenan Emie Norfaziera binti Haji Roslan, Ketua Cawangan Bahasa, PE IL ABDB, yang menekankan kepentingan penguasaan bahasa dalam memupuk komunikasi berkesan dan saling memahami. Ini diikuti dengan ucapan wakil peserta kursus, yang menyampaikan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk membina kefahaman asas tentang komunikasi dalam bahasa Arab.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta bagi menandakan kejayaan mereka menamatkan kursus, dan diikuti dengan ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat.

 

Dalam ucapannya, beliau meluahkan penghargaannya atas dedikasi dan semangat yang dipamerkan oleh para peserta, sambil memuji komitmen mereka untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para jurulatih dan pengendali atas bimbingan dan sokongan mereka, iaitu kerjasama antara IL ABDB dengan JAMA'AT bagi menjayakan kursus ini. Beliau seterusnya menggalakkan peserta untuk terus mengaplikasikan kemahiran baharu yang diperoleh dalam konteks profesional dan peribadi, sambil menekankan kepentingan bahasa dalam memperkukuh komunikasi, kefahaman budaya, dan penglibatan misi serantau.

 

Acara ini menekankan komitmen berterusan ABDB dalam meningkatkan kemampuan bahasa dan mempromosikan kefahaman antara budaya dalam kalangan anggotanya.


Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 02.jpg

Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 03.jpg

Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 04.jpg 

Majlis Penutupan Kursus Komunikasi Bahasa Arab Asas Sesi 2025 06.jpg