
PENANJONG GARRISON, Friday, 10 October 2025 – A Taking Over Ceremony was held today to mark the appointment of Yang Mulia Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Mohammad Ja'afar as the 26th Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The ceremony took place at the TI RBAF Parade Square and Dewan Nikmat, Penanjong Garrison.
In attendance were the Deputy Commandant, Senior Officers, Officers, and military and civilian personnel of TI RBAF. Also present were invited guests including the Field Commander of Field Headquarters Royal Brunei Land Forces (RBLF), Chief of Staff Field Headquarters RBLF, Commanding Officer of the Engineer Regiment RBLF, and the Acting Commanding Officer of the School of Infantry RBLF.
The ceremony commenced with Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Mohammad Ja'afar receiving the honorary salute, followed by an inspection of the parade comprising personnel from TI RBAF, led by Major Pg Abdul Malek bin Pg Hj Bidin.
In his maiden address as Commandant, Yang Mulia Lieutenant Colonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Mohammad Ja'afar reaffirmed his commitment to uphold and continue TI RBAF's proud 56-year legacy of excellence. He also highlighted his leadership priorities, which include strengthening discipline and professionalism, enhancing training quality and human capital development, and producing high-calibre military personnel in alignment with TI RBAF's vision and mission.
He then further highlighted the significance of applying the principles of Leadership, Training, Discipline, Planning, and Management in all aspects of leadership and institutional operations, as the foundation for sustaining excellence and organizational effectiveness within TI RBAF.
The ceremony concluded with a luncheon and a meet-and-greet session held at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison, providing an opportunity for officers and personnel to extend their congratulations and well wishes to the newly appointed Commandant.
MAJLIS MENGAMBIL ALIH TUGAS KOMANDAN KE-26 INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Juma'at, 10 Oktober 2025 – Majlis Mengambil Alih Tugas Komandan telah diadakan pada hari ini bagi menandakan pelantikan Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Mohammad Ja'afar sebagai Komandan Ke-26 Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Majlis tersebut berlangsung di Padang Kawad IL ABDB dan Dewan Nikmat Penanjong Garison.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta seluruh anggota tentera dan kakitangan awam IL ABDB. Selain itu, antara jemputan khas yang hadir juga adalah termasuk Pemerintah Medan Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Ketua Staf Markas Medan TDDB, Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera TDDB, dan Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB.
Majlis dimulakan dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Aeddie Masjaffrie bin Pg Hj Mohammad Ja'afar menerima tabik hormat diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang terdiri daripada warga IL ABDB dan diketuai oleh Mejar Pg Abdul Malek bin Pg Haji Bidin.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Komandan, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Aeddie bin Pg Haji Mohammad Ja'afar menegaskan komitmen dan iltizam beliau untuk mengekalkan serta meneruskan pencapaian IL ABDB semenjak penubuhannya 56 tahun yang lalu. Beliau turut menekankan keutamaan kepimpinan yang merangkumi pengukuhan disiplin dan profesionalisme, peningkatan kualiti latihan serta pembangunan modal insan, dan melahirkan anggota tentera yang berkualiti tinggi selaras dengan visi dan misi IL ABDB.
Beliau juga menegaskan kepentingan mengamalkan prinsip-prinsip Kepimpinan, Latihan, Disiplin, Perancangan dan Pengurusan (KLDPP) dalam semua aspek kepimpinan dan pentadbiran institusi sebagai asas bagi mengekalkan kecemerlangan serta keberkesanan organisasi IL ABDB.
Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari dan sesi ramah mesra yang diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison, bagi memberikan kesempatan kepada pegawai dan anggota untuk menyampaikan ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Komandan yang baharu dilantik.













