Penanjong Garison, Khamis, 15 September 2016 - Upacara Perbarisan Tamat dan Penutup Kursus bagi Kursus Kompeni/Skuadron Mejar Siri 1/2016 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 24 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 14 orang, Tentera Laut Diraja Brunei seramai 2 orang, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 2 orang, Institut Latihan ABDB seramai 2 orang dan 2 orang daripada Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar ini berjalan selama 8 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Kawad. Sekolah Infantri . Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus mandatori yang harus dihadiri oleh PTB-PTB Kanan ABDB khasnya daripada Tentera Darat Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, 373 Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir bersama para jemputan iaitu Awang Muhd Sopian bin Mohammad, Ketua Penguasa, Unit Tahanan dan Permulihan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Perbarisan Tamat Kursus diadakan bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB dengan pertunjukan Kawad Kompeni Sarjan Mejar daripada peserta kursus yang diketuai oleh 12474 SSjn Mohd Haswandi bin Hj Paun, daripada Batalion Pertama TDDB.
Setelah selesai membuat Upacara Perbarisan Tamat Kursus, Tetamu Kehormat serta jamputan yang hadir beredar ke Mes PW/SSjn & Sarjan Penanjong Garison bagi Majlis Penutup Rasmi Kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Komandan Institut Latihan ABDB. Seramai 3 anggota telah terpilih sebagai Penuntut Terbaik dalam kategori masing-masing. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 13198 PW2 Roslan bin Duraman daripada Tentera Laut Diraja Brunei. Manakala Penuntut Terbaik Bahagian Teori disandang oleh 14109 SSjn Bukhari bin Yahya daripada Bn Bantu TDDB dan 12474 SSjn Mohd Haswandi bin Haji Paun terpilih sebagai Penuntut Terbaik Bahagian Amali (Kawad).