PENANJONG GARRISON, Monday, 12 May 2025- Sergeant Kharuddin bin Salleh from the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) was awarded the King Charles III Coronation Medal in recognition of his participation in the historic Coronation Parade held in London in 2023.
The medal was presented by Yang Mulia Vice Admiral Phillip Hally, Chief of Defence Personnel of the British Armed Forces, during a ceremony at the United Kingdom High Commissioner’s Residence in Kampong Subok.
His participation in this historic event reflects the Training Institute Royal Brunei Armed Force’s enduring commitment to international engagement and ceremonial excellence.
The honour also underscores the strong defence relationship between Brunei Darussalam and the United Kingdom, while showcasing the professionalism and dedication of Training Institute Royal Brunei Armed Forces personnel chosen to represent the nation on the world stage.
TI RBAF extends its heartfelt congratulations to Sergeant Kharuddin bin Salleh for his honourable involvement in this momentous occasion, which marks a proud milestone for the Institute and the Royal Brunei Armed Forces.
ANGGOTA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA PINGAT PERTABALAN KING CHARLES III
PENANJONG GARISON, Isnin, 12 Mei 2025- Sarjan Kharuddin bin Salleh dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah dianugerahkan Pingat Pertabalan King Charles III atas penyertaan dalam Perarakan Pertabalan Diraja yang berlangsung di London pada tahun 2023.
Pingat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Laksamana Madya Phillip Hally, Ketua Personel Pertahanan United Kingdom, dalam satu majlis yang diadakan di Kediaman Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Kampung Subok.
Penyertaan beliau dalam acara bersejarah ini mencerminkan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei komited dalam penglibatan antarabangsa.
Penghormatan ini turut menunjukkan hubungan pertahanan yang kukuh antara Negara Brunei Darussalam dengan United Kingdom, di samping menonjolkan tahap profesionalisme dan dedikasi anggota Institut Latihan ABDB yang terpilih mewakili negara di persada antarabangsa
IL ABDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sarjan Kharuddin bin Salleh atas penglibatan beliau dalam acara bersejarah itu.





