Picture1.jpg

PENANJONG GARRISON, MONDAY 28 OCTOBER 2024 – The Opening Ceremony of the Basic Logistics Course Series 2/2024 and the Advanced Food Handling and Caterer Course Session 2024 took place at the Logistics Training Wing, School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces.

Present to officiate the opening of the courses was the Head and instructors of the Logistics Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces. A total of 40 military personnel attended the Basic Logistics Course and 17 military personnel attended the Advanced Food Handling and Caterer Course.

The Basic Logistics Course aimed to train store supervisors and logistics accountants. Participants will learn the fundamentals of stores and warehouses, along with the procedures and forms used in quartermaster and logistics operations. This training gives more detailed exposure to filling out forms used in the Quartermaster and Logistics units, equipping them to handle accounting tasks in their units effectively and efficiently.

The Advanced Food Handling and Caterer Course aims to increase course participants’ knowledge and enhance their management skills as a Chief Mess Staff or Chief Cookhouse as well as to develop their expertise in food management and catering service procedures regarding events conducted in the Royal Brunei Armed Forces.

 

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS LOGSITIK ASAS SIRI 2/2024 DAN KURSUS SAJIAN MAKANAN DAN KATERER LANJUTAN SESI 2024

 
PENANJONG GARISON, ISNIN 28 OKTOBER 2024 – Upacara Perasmian Kursus Logistik Asas Siri 2/2024 dan Kursus Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Lanjutan Sesi 2024 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
 
Turut hadir untuk merasmikan pembukaan kursus-kursus tersebut ialah Ketua Cawangan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seramai 40 anggota tentera menghadiri Kursus Logistik Asas dan 17 anggota tentera menghadiri Kursus Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Lanjutan.
 
Kursus Logistik Asas bertujuan untuk melahirkan pengawas stor dan akauntan logistik yang berpengetahuan. Peserta kursus akan diberikan pendedahan secara lebih terperinci tentang cara pengisian borang-borang yang digunakan di unit kuartermaster dan logistik agar berkebolehan mengurus perakaunan di unit masing-masing dengan berkesan dan efisien.

Kursus Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Lanjutan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta kursus dan memperkukuhkan kemahiran pengurusan sebagai Ketua Kakitangan Mes atau Ketua Dapur, di samping meningkatkan kepakaran dalam hal ehwal pengurusan makanan dan prosedur perkhidmatan katering untuk acara yang dijalankan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Picture2.png

Picture3.png