Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2 2025 01.jpg

PENANJONG GARISSON, Friday, 19 September 2025 – The Closing Ceremony and Certificate Presentation for the Administrative Officer Preparatory Course Series 2/2025 was successfully held at the Officers’ Mess, Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Azlina binti Haji Mohammad, Staff Officer Grade 1 Finance, Directorate of Personnel. Also in attendance were the Acting Deputy Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Chief Instructor TI RBAF, Acting Commanding Officer School of Military Trade TI RBAF, Assistant Chief of Staff Training (G7) Royal Brunei Land Forces (RBLF), Assistant Chief of Staff Training (A7) Royal Brunei Air Force (RBAirF), Staff Officer Grade 2 Training (N7) Royal Brunei Navy (RBN), Deputy Chief Instructor of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), and other invited officers from TI RBAF.

The objective of the course is to equip young officers with the essential skills and knowledge required to carry out the duties and responsibilities of an Administrative Officer, Staff Officer or Adjutant in their respective units efficiently and professionally. The course broadens their knowledge and skills in administrative work and human resource management, and enables them to practice RBAF correspondence to fulfil the mission and responsibilities of their units.

The course ran for ten days, starting on Monday, 8 September 2025 and concluding on Friday, 19 September 2025. A total of 14 participants, comprising officers from the RBLF, RBN, RBAirF, Ministry of Defence and TI RBAF, successfully completed the course.

The ceremony concluded with the presentation of certificates and a speech delivered by the Guest of Honour, who congratulated all course participants and emphasised the importance of administration and staffing skills in their duties as officers of the Royal Brunei Armed Forces. She noted that staff duties are equally important and require precision and critical thinking, which reinforce discipline and professionalism.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS PERSIAPAN PEGAWAI PENTADBIR SIRI 2/2025

PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 September 2025 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2/2025 telah sempurna dijalankan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Azlina binti Haji Mohammad, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Ketua Jurulatih IL ABDB, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Penolong Ketua Staf Latihan (G7) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Penolong Ketua Staf Latihan (A7) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Timbalan Pegawai Turus Latihan (N7) Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Timbalan Ketua Jurulatih Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), serta pegawai-pegawai jemputan lain dari IL ABDB.

Objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan pegawai-pegawai muda dengan kemahiran dan pengetahuan penting yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pentadbir, Penolong Pegawai Turus atau Ejutan di unit masing-masing dengan cekap dan profesional. Kursus ini turut memperluas pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang kerja pentadbiran dan pengurusan keanggotaan, serta berupaya mengaplikasikan persuratan ABDB bagi memenuhi misi dan tanggungjawab unit masing-masing.

Kursus ini telah dijalankan selama sepuluh hari bermula pada Isnin, 8 September 2025 dan berakhir pada Jumaat, 19 September 2025. Seramai 14 peserta kursus yang terdiri daripada pegawai-pegawai TDDB, TLDB, TUDB, Kementerian Pertahanan dan IL ABDB telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan ucapan daripada Tetamu Kehormat yang mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan kepentingan kemahiran pentadbiran dan perjawatan dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau turut menegaskan bahawa tugas-tugas staf adalah sama penting serta memerlukan ketelitian dan pemikiran kritikal yang akan lebih memperkukuh disiplin dan profesionalisme.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2 2025 02.jpg

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2 2025 03.jpg

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2 2025 04.jpg

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Persiapan Pegawai Pentadbir Siri 2 2025 05.jpg