Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 1.jpg

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 16 October 2024 – The Certificate Presentation for the Regiment Quartermaster Sargent Course Session 2024 was successfully held at the Logistics Training Wing, School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).


In attendance as the Guest of Honour was Major Hasnan bin Haji Manan, Assistant Chief of Staff in Logistics, Royal Brunei Land Force. Also present were the Head of the Logistics Training Wing, invited officers from various RBAF units, Senior Non-Commissioned Officers, guests, and instructors.

This course was designed to cultivate knowledgeable, skilled, and competent regimental quartermasters. Participants were trained to effectively administer and manage personnel within their units, ensuring strict adherence to the Royal Brunei Armed Forces’ Materiel Regulations.

The course participants were also involved in a ‘Command Post Exercise’ (CPX), organised for the first time by the School of Military Trade TI RBAF where the participants were given an overview of equipment management requested during operations through Operation Demand (OPDEM). This exercise enhanced the participants’ understanding and knowledge in line with their respective elements or trades concerning operational requirements and efficiency.

The course was conducted over six (6) weeks, beginning on Monday, 09th September 2024, and ending on Friday, 18th October 2024. It was attended by 15 members of the Royal Brunei Armed Forces, comprising 03 personnel from the Royal Brunei Land Forces, 04 personnel from the Royal Brunei Air Force, 01 personnel from Defence Academy RBAF, 04 personnel from the Training Institute RBAF, and 03 personnel from the Ministry of Defence.

In his speech, the Guest of Honour congratulated all the course participants and highlighted the importance of applying the knowledge and skills they had gained during the program. He stressed the need to perform their duties with professionalism, dedication, and a commitment to continuous improvement. Concluding his remarks, he officially declared the Regiment Quartermaster Sergeant Course Session 2024 closed.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KUARTERMASTER SARJAN REJIMEN SESI 2024

 

PENANJONG GARISON, Rabu, 16 Oktober 2024 – Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Majlis Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen Sesi 2024.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Hasnan bin Haji Manan, Penolong Ketua Staf Logistik, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ketua Cawangan Latihan Logistik, Pegawai-pegawai jemputan dan jemputan khas serta Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik.

Kursus ini direka untuk meningkatkan kemahiran peserta kursus dalam mengurus perakaunan stor serta proses logistik yang lebih mendalam, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang sudah ditetapkan. Dengan membina pengetahuan logistik, para peserta akan lebih bersedia untuk memimpin pasukannya, mengurus stor unit, dan mengekalkan integriti sistem logistik ketenteraan.

Peserta kursus juga terlibat dengan Latihan Command Post Exercise yang buat pertama kalinya dikendalikan oleh SPT IL ABDB, iaitu peserta kursus diberikan gambaran mengenai pengurusan kelengkapan semasa operasi melalui Operation Demand (OPDEM). Eksesais ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta kursus mengikut pertukangan masing-masing dalam keperluan dan kecekapan operasi.

Kursus ini dijalankan selama enam (6) minggu, bermula pada hari Isnin, 09 September 2024, dan berakhir pada hari Jumaat, 17 Oktober 2024 dan telah dihadiri oleh 15 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, yang terdiri daripada 03 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 04 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota dari Akademi Pertahanan ABDB, 04 anggota dari Institut Latihan ABDB, dan 03 anggota dari Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapannya, Tetamu Kehormat mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan kepentingan untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh sepanjang program. Beliau menegaskan perlunya melaksanakan tugas dengan profesionalisme, dedikasi, dan komitmen terhadap usaha berterusan untuk memperbaik diri. Beliau mengakhiri ucapan dengan menutup secara rasmi Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen Sesi 2024.

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 2.jpg

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 3.jpg

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 5.jpg

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 4.png

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 6.png

Penutupan Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen sesi 2024 7.png