Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB, Jumaat, 08 November 2019 – Seramai 30 orang pegawai dan anggota IL ABDB telah menghadiri sesi pertama Taklimat Perancangan Kewangan yang disampaikan oleh Dayang Norliah binti Mohd Taib, BIBD. Taklimat tersebut adalah bertujuan bagi memberikan penerangan dan informasi tentang tertib pengurusan kewangan peribadi serta meningkatkan kesedaran semua peringkat anggota supaya lebih mantap, prihatin dan bijak dalam menguruskannya.
Disamping itu, ianya juga berhasrat untuk dapat melindungi masa depan kewangan anggota dengan mempraktikan apa jua maklumat yang baik dan terhindar dari permasalahan kewangan yang ada.
