Taklimat disiplin PTB Kanan dan PTB Rendah IL.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 05 Julai 2023 – Taklimat Disiplin bagi anggota-anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan selama 2 hari di Pusat Evolusi, IL ABDB. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh 1088 Kapten Mohamad Ros Azmi bin Roslan , Ejutan IL ABDB dan 11831 PW1 Norkamal bin Haji Md Salleh, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB.

Antara lain tujuan taklimat disiplin tersebut adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai disiplin setiap anggota.

Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Di antara isi taklimat tersebut adalah mengenai dengan implementasi disiplin dalam tentera, jenis-jenis displin serta kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang tentera, sivil dan syariah seperti terlibat dalam isu pinjaman wang tanpa lesen (loan shark), penyalahgunaan dadah, berjudi, meminum minuman keras dan lain-lain. Selain itu, taklimat ini juga menyentuh mengenai gangguan di tempat kerja seperti gangguan secara am (lisan dan fizikal), gangguan seksual, penyalahgunaan kuasa, ancaman dan kekerasan secara fizikal dan sebagainya.

Penyampai taklimat juga menekankan bahawa anggota-anggota ABDB yang terlibat dalam melakukan pelanggaran hukum kanun jenayah sivil, tentera dan syariah akan dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum mengikut Undang-Undang Negara Brunei Darussalam. Sebelum mengakhiri taklimat, penyampai taklimat juga telah menasihati anggota-anggota IL ABDB untuk sentiasa menjaga disiplin masing-masing di samping menjaga nama baik institusi.​

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan doa penutup.

Taklimat disiplin IL 1.jpg
Taklimat disiplin IL 2.jpgTaklimat disiplin IL 3.jpg