
Sesi Taklimat bagi ibu bapa bagi kemasukan Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 ini diadakan pada dua sesi iaitu pada sesi sebelah pagi dan sebelah petang, yangmana telahpun disampaikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Rekrut Kompeni serta Pegawai Pengambilan dan Ketua Platun dari Rekrut Kompeni. Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah bagi menerangkan secara terperinci mengenai peranan Kompeni Rekrut Institut Latihan ABDB didalam memastikan latihan-latihan bakal rekrut ini akan dijalankan, menerangkan polisi-polisi yang telahpun ditetapkan disepanjang latihan serta makluman persiapan awal agar para ibu-bapa dan penjaga dapat membuat pentadbiran sebelum Bakal-Bakal Rekrut ini memasuki fasa-fasa latihan yang telah ditetapkan. Sesi taklimat ini diakhiri dengan sesi permuzakarahan dimana ibu bapa serta penjaga dapat mengemukakan sebarang persoalan dan pertanyaan disepanjang taklimat ini dijalankan.
Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 ini adalah seramai 210 anggota yang terdiri daripada 120 Bakal Rekrut TDDB, 50 Bakal Rekrut TLDB dan 40 Bakal Rekrut TUDB dan dijangka akan memulakan fasa Holding pada 06 Januari 2020 di Rekrut Kompeni, Institut Latihan ABDB.


