ss1.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 10 Julai 2023 – Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023 telah mengendalikan Sesi Silaturahim Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama Para Pemimpin, bertempat di Mes Pegawai Waran dan PTB Kanan
Penanjong Garison.

Turut hadir semasa sesi tersebut ialah Pegawai Memerintah PE IL ABDB, Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB, Sarjan Mejar Garison Penanjong Garison dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, PE IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 15419 PW2 Jasni bin Anuar, TLDB dan diteruskan dengan Sesi Bersama Yang Mulia Tetamu Kehormat.

Yang Mulia Tetamu Kehormat semasa sesi tersebut telah beliau menekankan bahawa setiap anggota hendaklah menanamkan sikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab disamping mengekalkan sikap rendah diri, bertolak ansur dan berbudi bahasa. Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyatakan bahawa peringkat PTB Kanan memainkan peranan penting selaku tulang belakang pihak atasan di dalam mentadbir anggota. Jesteru itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyeru agar menghindari diri daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan nama baik organisasi.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.

SILATURAHIM SESSION OF COMMANDANT TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES WITH FELLOW LEADERS

PENANJONG GARISSON, Monday, 10 Julai 2023 – The Warrant Officer Leadership and Management Course Series 01/2023 held a Silaturahim Session with Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the    Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) with fellow leaders at the Warrant Officer abd Senior Rank, Penanjong Garisson.

Also present was the Officer Commanding of the Evolution Center TI RBAF (EC TI RBAF), Regiment Sargent Major TI RBAF, Garrison Sargent Major Penanjong Garrison and instructors from the Leadership and Management Wing EC TI RBAF.

The session began with the recitation of Surah Al-Fatihah that was lead by Yang Mulia 15419 WO2 Jasni bin Anuar, RBN and followed by the session with the Guest of Honour.

During the session, the Guest of Honour emphasised that every personnel must instill honesty and trustworthiness in themselves in executing tasks and responsibilities in addition in maintaining a humble, tolerant and courteous attitude. Aside of that, the Guest of Honour also stated that the Senior Non-Commission Officer plays an important role as the backbone of officers in the management of personnel. Therefore, the Guest of Honour stressed in refraining personnel from doing any act that may bring adverse reputation to the organization 

The session ended with the recitation of doa and a group photo session

ss1.jpg 

ss2.jpg 

ss3.jpg