
Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada para Rekrut diatas tahap kecemerlangan dalam menamatkan fasa 6 minggu iaitu Fasa Asas Ketenteraan. Yang Mulia Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB juga turut memberikan kata-kata semangat serta ucapan tahniah dan nasihat kepada Rekrut Lelaki Pengambilan ke 166.
Yang Mulia Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB menekankan kepentingan untuk menjaga disiplin perseorangan apabila berada apabila berada diluar kerana mereka sudah bergelar seorang tentera dalam latihan.
Yang Mulia Ketua Jurulatih IL ABDB percaya dengan tamatnya Fasa Latihan Asas Tentera, anggota rekrut telah diterapkan ilmu asas ketenteraan, sifat bertanggungjawab perseorangan untuk menjaga imej baik dan tahap disiplin yang tinggi dalam setiap masa.
Sesi Perjumpaan tersebut telah diakhiri dengan sesi penyerahan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 166 kepada ibubapa/penjaga.




