
Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Komandan menyentuh tentang keperibadian yang perlu ada pada diri seorang tentera agar menjadi seorang anggota tentera yang kompeten, cekap, responsif dan effesien setelah menamatkan Latihan rekrut nanti. Empat perkara asas yang dititikberatkan oleh Yang Mulia Komandan dalam merealisasikan keperibadian tersebut adalah pertama, menjadi anggota yang berdisiplin, pematuhan dan kesediaan mengikuti perintah dan hukuman serta undang-undang ABDB dan Negara. Kedua ialah menjadi anggota tentera yang patuh kepada sekuriti dengan menjaga integeriti ABDB amnya dan Negara khasnya. Ketiga ialah menjadi anggota tentera yang mempunyai tahap fizikal dan kesihatan yang mencapai tahap optima dan konsisten dan akhir sekali yang paling penting ialah sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kerohanian iaitu ketaatan kepada kedua ibu bapa dan ketaatan kepada Ulil Amri. Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup.
