PENANJONG GARISON, SELASA 03 MAC 2020 – Sesi perjumpaan Yang Mulia Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, bersama Peserta Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 2/2019 telah berlangsung pada petang Selasa bertempat di Bilik Halbi, Penanjong Garison.
Antara intipati yang terkandung
dalam sesi perjumpaan tersebut menyentuh tentang sifat dan keperibadian yang perlu ada bagi seorang pemimpin. Peserta-peserta kursus disarankan untuk mencurahkan apa jua sumbangan didalam ABDB di penghujung kerjaya bagi menzahirkan impak yang positif kepada diri sendiri dan juga kepada organisasi. Yang Mulia Komandan IL ABDB juga menyentuh tentang kepentingan menjaga imej baik ABDB dan sentiasa menjadi contoh yang baik kepada peringkat bawahan.
Dengan adanya sesi perjumpaan ini mencerminkan keperihatinan Yang Mulia Komandan terhadap kemaslahatan serta kesejahteraan peserta kursus dan pada masa yang sama membuka ruang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota ABDB.