kagat 3.jpgSURAU AL-HIKMAH, PENANJONG GARISON, Khamis, 14 November 2019 – Sempena Sambutan Maulidurrasul, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) telah menyampaikan ceramah tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Ceramah disampaikan oleh Lt Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi daripada KAGAT.

Hadir di acara tersebut adalah Yang Mulia Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan dan Rendah IL ABDB. Dalam sesi tersebut, Lt Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi menekankan kepentingan Umat Islam untuk berpegang teguh kepada ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran yang dibawakan oleh pembawa fahaman sesat. Beliau juga berkongsi tentang tiga aspek penting dalam Islam iaitu Akidah, Syariáh dan Akhlak, dimana Akidah merupakan asas kepada keteguhan Syari’ah dan Akhlak. Lt Kol Dr Khairul Fauzi juga menyatakan beberapa contoh-contoh ajaran atau fahaman yang boleh menyesatkan pegangan Orang Islam daripada mengikuti ajaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Acara diakhiri dengan menjemput Lt Kol Dr Khairul Fauzi ke Pegawai Mes Penanjong Garison bagi menikmati jamuan tengah hari dan seterusnya penyampaian cenderahati daripada Komandan IL ABDB. 
kagat 3.jpg
kagat 1.jpg
kagat 2.jpg
kagat 4.jpg