BERAKAS GARISON, Jumaat 31 Ogos 2018 – Pertandingan Akhir Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat ABDB sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-57 telah diadakan di Dewan Pahlawan Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan serta anggota-anggota ABDB. 
Pertandingan Peringkat Akhir tersebut telah memperdengarkan bacaan Ayat-ayat Suci daripada 5 peserta Qari dan 5 peserta Qariah. Pada pertandingan tersebut peserta Qari daripada IL ABDB, 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat telah mendapat tempat Naib Johan manakala peserta Qariah IL ABDB, 21460 Kpl Masrani binti Jefri telah mendapat Saguhati dan Sijil Penyertaan.
Keputusan Johan Qari bagi Musabaqah Tilawah Al-Quran disandang oleh 50993 Sld Awg Md Zulilmi bin Awg Hj Julahia (TDDB). Naib Johan, 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat (IL ABDB) dan ditempat Ketiga 52160 Sld (U) Ak Mohd Syarif Hidayatollah bin Pg Hassbollah.
Manakala bagi bahagian Qariah, Johan disandang oleh 20854 Kpl Hjh Rubiah binti Haji Dagang (TDDB), Naib Johan 21793 Laskar Dk Nurrafidah binti Pg Mustafa (TLDB) dan tempat Ketiga 21577 Sld Siti Mariatul Tabtiah binti Garip (TDDB). 

Hadiah-hadiah dan Sijil Penyertaan telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada semua yang mengambil bahagian. Di akhir majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Ketua Jamaat, Kdr Haji Aniolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.