WhatsApp Image 2021-07-05 at 6.41.30 PM (1).jpeg

PENANJONG GARISON, RABU 30 JUN 2021 – Kursus Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 1/2021 bagi Pegawai Waran Satu dan Pegawai Waran Dua telah diadakan bermula hari Isnin, 28 Jun sehingga hari Rabu, 30 Jun 2021. Ini adalah pertama kali kursus sebut dikendalikan oleh Sel Inspektorat IL ABDB dan ianya telah dikendalikan di Pusat Evolusi IL ABDB, Penanjong Garison.

Seramai 50 anggota daripada unit-unit ABDB telah menghadir kursus tersebut yangmana tujuannya ialah untuk memberi pengetahuan KKK kepada ahli-ahli kursus terutama dalam aspek pengurursan KKK di tempat kerja. Dengan adanya pengetahuan tersebut mereka boleh menganal risiko bahaya, dapat dimitigasinya kepada tahap yang paling rendah demi kesejateraan, kesihatan dan keselamatan kepada anggoat dan pada masa yang sama mengelakan dari terjadinya kemalangan atau kerosaka harta benda di tempat kerja.
Kursus tersebut telah dikendalikan dengan bantuan tenaga pengajar daripada Pej IU ABDB iaitu PW1 (B) Pg Ali bin Metasan. Kursus Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 2/2021 akan dikendalikan pada November 2021.
WhatsApp Image 2021-07-05 at 6.41.30 PM.jpeg