PANGKALAN UDARA RIMBA, Khamis, 02 Mei 2019 - Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019/2020 yang dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berlangsung di Pangkalan Udara Rimba. Pasukan yang bersaing adalah daripada setiap unit ABDB yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan juga Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

 
Kejohanan Rentas Desa ini mempertandingkan acara berkumpulan dan acara terbuka mengikut kategori pangkat. Trek larian termasuk merentasi bukit dan juga jalan rata yang berbatu-bata yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan, TUDB.
 
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Pegawai Turus Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan yang menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita ABDB bagi tahun 2019/2020.
 
 
Pemenang-pemenang bagi Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita Peringkat ABDB:
 
Juara - Tentera Darat Diraja Brunei.
Naib Juara - Institut Latihan ABDB
Ketiga – Kementerian Pertahanan
Kempat – Tentera Laut Diraja Brunei
Kelima – Tentera Udara Diraja Brunei. 
 
Askar Wanita Institut Latihan ABDB telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dimana pada tahun 2018 tidak meraih kemenangan dan mendapat Naib Juara bagi acara berkumpulan tahun ini. Manakala bagi acara terbuka juga telah meraih banyak kemenangan dalam kategori pangkat yang dianjurkan.
 
Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita ABDB adalah salah satu acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan di antara unit ABDB, serta untuk memupuk gaya hidup sihat dalam ABDB di samping meningkatkan lagi kekuatan jasmani dan kecergasan fizikal anggota bagi yang ikut serta.