NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN KERANI GAJI SESI 2022
PENANJONG GARISON, Jumaat, 22 Julai 2022 – Majlis Penutupan Kursus Lanjutan Kerani Gaji Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 22 anggota PTB Rendah ABDB yang bermula pada 24 Jun 2022 hingga 22 Julai 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Penanjong Garison, Rabu, 20 Julai 2022 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Muhibah daripada Senior Colonel Dai Qilin, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. Hadir bersama ialah Leftenan Kolonel Fan Xiawei, Penolong Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-76 TAHUN
Penanjong Garison, Khamis, 14 Julai 2022 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison sempena meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun.
MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ABDB
Penanjong Garison, Khamis, 14 Julai 2022 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 1/2022
Penanjong Garison, 08 Julai 2022 – Seramai 26 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2022 yang telah dikendalikan bermula 03 Jun 2022 hingga 01 Julai 2022 di Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 01/2022
Penanjong Garison, Jumaat, 01 Julai 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal telah berlangsung pada pagi hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).





