NEWS HEADLINES
PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB)
Khamis, 15 Sept 2022 (pagi) – Institut Latihan ABDB (IL ABDB) pada hari ini telah mengadakan Perbarisan pagi peringkat IL ABDB sebagai salah satu aktiviti bulanan bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini adalah perbarisan bulanan yang ke-4 melibatkan seramai 701 anggota terdiri dari seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk ahli-ahli kursus dan Rekrut Pengambilan Lelaki ke 169 termasuk Rekrut Pengambilan Wanita ke 57.
LAWATAN ANAK-ANAK ANGGOTA TENTERA DAN AWAM INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA
Penanjong Garison, Khamis, 08 September 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengungkayahkan program lawatan bersempena cuti persekolahan penggal kedua yang disasarkan kepada anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB.
UPACARA MENANDATANGANI RISALAH BAF 122 BAGI BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-57
Penanjong Garison, Khamis, 02 September 2022 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
MAJLIS KONVOKESYEN PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2022 BAGI PROGRAM KOMUNITI KURSUS PEMANDU JENTERA BERAT ABDB-PPB 2022
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, Rabu, 31 Ogos 2022 – Majlis Konvokesyen bagi Program Komuniti Kursus Pemandu Jentera Berat ABDB-PBB 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Bina Diri, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu. Kursus ini, adalah satu insiatif pendekatan “Whole of Nation” pihak Pusat Pembangunan Belia (PPB) dan ABDB dalam sama-sama melatih belia-belia negara untuk mempunyai kemahiran dalam memandu Jentera Kelas 5 sejajar dengan keperluan pihak industri di pasaran Negara Brunei Darussalam. Kursus ini adalah pertama kali diadakan secara bersama.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN SIRI 2/2022
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB) Jumaat, 26 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 34 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 05 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PERSIAPAN KERANI SIRI 1 / 2022
Penanjong Garison – Khamis, 25 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Asas Persiapan Kerani Siri 1/2022 telah berlangsung di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi IL ABDB (PE IL ABDB).





