NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 2/2022
Penanjong Garison, Khamis, 15 Dis 2022 – Majlis Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) yang dihadiri oleh 50 anggota.
MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA UPACARA TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE – 169 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE – 57
PENANJONG GARISON, Jumaat, 2 Disember 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-169 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke – 57 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai – Pegawai Kanan, Pegawai – Pegawai dan warga Kompeni Rekrut, IL ABDB.
JERAYAWARA PERUMAHAN & KEDIAMAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, Jumaat 18 November 2022 - Jabatan Perumahan dan Kediaman, Jabatanarah Logistik dengan kerjasama daripada Pejabat Perumahan, Penanjong Garison telah mengadakan Jerayawara Perumahan & Kediaman Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison.
SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-169 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-57
PENANJONG GARISON, Khamis, 01 Disember 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB telah berkesempatan berkunjung ke Institut Latihan ABDB (IL ABDB) bagi sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-169 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 9 Disember 2022. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN KERANI GAJI SESI 2022
PENANJONG GARISON, Khamis, 01 Disember 2022 – Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Kerani Gaji Sesi 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Cawangan Logistik Practical Training Area (PTA) SPT IL ABDB Penanjong Garison.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 3 SIRI 2/2022
PENANJONG GARISON, Isnin, 21 Nov 2022 – Majlis Pembukaan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 2/2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Iveco CLM SPT IL ABDB.





